SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Shah Alam sebentar tadi, menolak permohonan rayuan Ahli Parlimen Batu, Tian Chua untuk mengetepikan sabitan dan hukuman denda RM3,000 kerana mengaibkan pegawai polis, empat tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Karim Rahman dalam keputusannya berkata, mahkamah mendapati keputusan Mahkamah Sesyen Petaling jaya adalah selamat dan dikekalkan.
Pada 9 Mac 2017, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mensabitkan Tian Chua atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat terhadap Deputi Superintendan Glenn A Sinappah di pintu utama lobi Hotel Armada di sini, jam 7.45 malam pada 14 April 2014.
Peguam perayu yang diwakili N Surendran, Eric Paulsen dan Latheefa Koya sedang berhujah untuk mengurangkan jumlah denda.
Menurut Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seseorang itu tidak layak menjadi calon sekiranya dijatuhi hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan di bawah artikel sama, seseorang wakil rakyat boleh hilang kelayakan sebagai ahli parlimen sekiranya dijatuhi hukuman sama.
0 comments:
Post a Comment