ISU RM 3 Juta: Ahli Parlimen Baling Teruskan Langkah



SHAH ALAM - Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim tiba jam 9.30 pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam  untuk membuat laporan polis berkaitan dakwaan menerima bayaran RM3 juta bagi kerja rundingan berkaitan projek terowong bawah laut Pulau Pinang. 

Beliau yang juga Pengerusi Tabung Haji, terdahulu menafikan dakwaan tersebut.

Media melaporkan, ahli politik itu menerima surat tuntutan daripada Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd pada 24 Februari lalu, berhubung kerja-kerja rundingan berkaitan projek itu melalui pos berdaftar, tetapi tegas Abdul Azeez, dakwaan itu jelas tidak benar.

Sumber: SinarHarian


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.