Terkini!!! Bank Rakyat Bayar Dividen 15 Peratus



KUALA LUMPUR: Bank koperasi Islam terbesar di Malaysia, Bank Rakyat mengumumkan dividen tunai sebanyak 15 peratus, berjumlah RM450 juta, bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2016 berbanding 13 peratus pada 2015.
Bank tersebut mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM1.74 bilion berbanding RM2.01 bilion dicatatkan pada 2015.
Semasa mengumumkan keputusan kewangan bank itu, Pengerusi Bank Rakyat, Tan Sri Shukry Mohd Salleh berkata, dividen itu diumumkan berdasarkan pengukuhan perolehan sebanyak RM6.66 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas berbanding RM6.43 bilion yang diraih pada 2015.
"Meskipun dalam situasi yang mencabar, pendapatan bank telah meningkat , didorong oleh aktiviti pembiayaan dan perbendaharaan," katanya kepada pemberita pada Jumaat. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.