JOHOR BAHRU: Kejadian seorang lelaki dipukul gara-gara membunyikan hon kenderaan ketika solat Jumaat sedang berlangsung di sebuah surau di sini semalam, membuktikan secara jelas betapa rapuhnya sikap toleransi dalam kalangan masyarakat di negara ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata masyarakat sepatutnya menjadikan peristiwa rusuhan pada 13 Mei 1969 sebagai iktibar untuk tidak mengulangi mana-mana kesilapan berkaitan toleransi termasuk mencetuskan insiden terbabit.
"Isu ini tidak akan berlaku jika ada sifat toleransi dan faham-memahami dalam kalangan masyarakat terutama golongan muda.
"Selain itu, pembangkang sering mengatakan 'jangan cuba menakut-nakutkan rakyat dengan pertelingkahan kaum', tetapi apa yang kita lihat semalam menunjukkan perkara itu mudah berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu berkenaan pada perasmian Hari Perayaan Bulan Sabit Merah di Dewan Bangunan Bulan Sabit Merah Cabang Johor Bahru di sini, pada Sabtu.
Nur Jazlan berkata pihaknya berharap orang ramai akan mengutamakan sikap toleransi selepas ini demi memastikan negara bebas daripada pertelingkahan kaum dan agama yang boleh membawa kekacauan.
Dalam kejadian semalam, lelaki itu yang merupakan seorang jurutera berusia 28 tahun luka di kepala dan badan akibat dibelasah. Kejadian dipercayai berpunca daripada kesesakan lalu lintas di kawasan itu sehingga menyukarkan pergerakan kenderaan mangsa lalu mengakibatkannya menyembunyikan hon.
Tindakan itu, bagaimanapun mengundang kemarahan sekumpulan lelaki dipercayai jemaah masjid yang kemudian bertindak merusuh dan memukul mangsa.
Kejadian sempat dirakamkan orang awam dan videonya menjadi tular di laman sosial.
Dalam perkembangan lain, beliau menyifatkan kegiatan gangster di tahap membimbangkan dan memerlukan usaha yang lebih serius untuk mengekang 'kepala gangster'.
Menurut Nur Jazlan kumpulan itu kini sudah semakin berani merekrut anggota baharu dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan bukan hanya membabitkan orang biasa.
"Kalau tidak dibendung, polis khuatir ia akan terus menular ke semua peringkat. Sebab itu, polis sekarang sedang menjalankan operasi untuk membanteras geng yang ada di Malaysia," katanya.
Tambahnya, setakat ini sudah dilakukan di Johor, Kedah dan Pulau Pinang manakala negeri-negeri lain menyusuli kemudian.
Selain itu, beliau menjangkakan dalam beberapa minggu ini, akan ada segelintir daripada penjenayah berkenaan diberkas dalam usaha membantutkan kegiatan terbabit.
-- BERNAMA

0 comments:
Post a Comment