Usul tersebut dibentang oleh AJK Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Zulkifli Ismail yang mewakili 23 PAS kawasan dan Dewan Ulamak PAS Pusat serta Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Katanya keputusan itu dibuat
dengan merujuk kepada panduan dalamperlembagaan PAS iaitu Fasal 5, Fasal 6 dan
Fasal 7.
Ini kerana katanya Majlis Syura
Ulamak telah menetapkan tahaluf mesti dijalankan sebagai wasilah menegakkan
Islam, memperkukuhkan kedudukan Islam serta memberi ruang kepada pelaksanaan
Islam.
“Tahaluf mesti dipastikan
dasar-dasar Islam dipertahankan, ijtimak hendaklah diberi kepada kepimpinan
gerakan Islam, bukan kepada pakatan tahaluf, tahaluf hendaklah dijadikan ruang
dan medan untuk menyampaikan dakwah,” katanya.
Segala keputusan oleh Majlis
Syura Ulamak akan tetap kita patuh dalam pertembungan siasah di negara ini.
Dengan laungan takbir sebanyak
tiga kali bergema dalam Dewan Datuk Mohd Fadzil Mohd Noor.
Usul itu kemudian disokong Ustaz
Ahmad Fadhli Shaari yang menyifatkan mana mungkin dapat diteruskan tahaluf
dengan rakan tidak lagi setia bersama dalam pakatan.
Katanya, sejarah hubungan dengan
PKR yang tidak lagi duduk sebumbung termasuk isu Kajang Move dan pertukaran
Menteri Besar Selangor.
“Sikap PKR tidak sokong usaha PAS
lakukan pindaan Akta 355 bagi memperkasakan mahkamah syariah di Kelantan.
“Tindakan PKR mencuri ahli
parlimen PAS di Tumpat yang menang pada 2013. Kita mencabar supaya bertanding
di parlimen Tumpat pada PRU ke-14 bagi memperlihatkan sebagai anak jantan.
“Biar pun ada ahli PKR yang
hendak sertai PAS namun kita tidak terima buat masa ini,” ujarnya.
Menurutnya ada pemimpin PKR yang
datang ke Kelantan mahu mendedahkan kelemahan kerajaan Kelantan.
Oleh itu katanya kita serah
kepada Majlis Syurak Ulama untuk membuat keputusan sama ada memberi kesan
kepada kerajaan Selangor dan Kelantan.
Pengerusi Tetap Husin Ismail
kemudian meminta perwakilan yang bersetuju dengan usul itu supaya berdiri.
Sebulat suara perwakilan melaungkan setuju dengan usul tersebut pada jam 6.28
petang
Berikut ialah usul tahaluf siasi.
Usul bersama PAS Kawasan Bandar
Tun Razak, Beruas, Labis, Lumut, Bera, Serdang, Pandan, Batu, Shah Alam, Bayan
Baru, Titiwangsa, Kuantan, Paya Besar, Padang Terap, Kuala Terengganu, Kuala
Kangsar, Marang, Bukit Mertajam, Kuala Nerus, Dungun, Kuala Langat, Dewan
Ulamak PAS Pusat dan Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Sejarah lalu mencatatkan bahawa PAS
telah melaksanakan hubungan Tahaluf Siyasi dengan berbagai pihak disepanjang
tempuh perjuangan PAS ini.
Keputusan yang dibuat, adalah
merujuk kepada panduan yang menjadi rujukan dalam perlembagaan PAS, iaitu Fasal
5 (Tujuan PAS), Fasal 6 (Usaha – Usaha) dan Fasal 7 (Hukum dan Kekuasaan).
Majlis Syura Ulamak telah menetapkan Syarat Tahaaluf Siasi. Antaranya seperti
berikut:
1. Tahaaluf mestilah dijalankan
sebagai wasilah untuk menegakkan Islam, memperkukuhkan kedudukan umat Islam
serta membuka ruang untuk pelaksanaan Islam.
2. Tahaaluf mestilah dipastikan
dasar-dasar Islam dipertahankan.
3. Intima’ hendaklah diberikan
kepada kepimpinan gerakan Islam, bukan kepada pakatan Tahaaluf.
4. Tahaaluf hendaklah dijadikan
ruang dan medan menyampaikan dakwah.
5. Matlamat kemenangan Islam
tidak boleh menghalalkan Tahaaluf secara mutlak.
6. Mandat membuat penilaian
Tahaaluf mestilah dibuat oleh Majlis Syura Ulamak.
Kini terdapat banyak pelanggaran
syarat berlaku disepanjang tempoh berlangsungnya Tahaaluf Siasi antara PAS dan
PKR. Ianya boleh dibuktikan melalui beberapa kejadian yang berlaku, antaranya:
1. Penglibatan PKR menyokong
calon PAN dan menentang PAS dalam dua pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan
Sungai Besar.
2. Kegagalan PKR untuk memberi
sokongan yang baik kepada usaha PAS memperkasakan Mahkamah Syariah melalui
Pindaan Akta 355 malah dilihat turut bersama dengan pendirian DAP yang
menentang keras Pindaan Akta 355 ini.
3. Kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap PAS sekali gus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan.
3. Kenyataan-kenyataan pimpinan PKR secara terbuka yang jelas memperlihatkan keceluparan dan kebiadapan mereka terhadap PAS sekali gus tindakan mereka yang tidak menunjukkan setiakawan.
Maka, sempena Muktamar Tahunan PAS kali ke 63 yang berlangsung
pada 29 April hingga 01 Mei 2017 bersamaan 2 hingga 4 Sya'aban 1438 di Kompleks
PAS Kedah Kota Sarang Semut Kedah Darul Aman, kami mengusulkan supaya Tahaluf
Siasi antara PAS dan PKR diputuskan tertakluk kepada keputusan Majlis Syura
Ulamak menurut peruntukan perlembagaan PAS.
-
HARAKAHDAILY 30/4/2017
0 comments:
Post a Comment