PANAS!!! AWAT JADI MACAM NI? Ahli Parti Bakar Baju Dan Borang Keahlian..


DUNGUN - Seramai 30 ahli Bersatu Bukit Besi bertindak membakar baju dan borang keahlian parti sebagai tanda kecewa serta memprotes sistem pentadbiran yang didakwa tidak telus.

Serentak dengan itu, mereka mengisytiharkan keluar parti dan secara rasmi menganggotai Umno serta berikrar untuk terus setia bersama parti itu yang dirasakan membawa perjuangan sebenar.
Bekas Biro Penerangan Bersatu Dungun, Azmi Mohammad berkata, dia melakukan kesilapan besar apabila menyertai parti itu, enam bulan lalu.

“Saya terlibat dalam politik sejak 80-an dan dipimpin orang yang hebat-hebat. Bila kenali Umno, saya mahu lihat lebih dan lebih lagi. Di situ saya buat silap bila buat penilaian berdasarkan apa yang difikirkan. Bukan apa sepatutnya saya fikir.

“Saya nampak kepincangan berlaku dalam kalangan pemimpin setempat yang sebenarnya tak adil diutarakan. Akhirnya saya sertai Bersatu kononnya parti ini boleh bela nasib Melayu. Tapi pengalaman beberapa bulan jelas menunjukkan mereka rupanya lebih buruk daripada Umno. Pemilihan jawatan tertentu dibuat dengan cara 'aku pilih kau' bukannya 'mereka pilih kau'.

“Saya rasa tak selesa dan perlu teruskan langkah. Jika saya mulakan langkah untuk masuk, saya perlu mulakan langkah keluar sebab tanpa sedar di belakang saya ramai yang turut serta. Jadi malam ini saya bersama 20 hingga 30 pengikut tanpa disuruh sama-sama meninggalkan Bersatu.

“Kita masih ada puluhan ahli yang turut mempunyai pendirian sama, tapi mereka tak dapat hadir sebab kekangan kerja dan berada di luar kawasan. Semangat mereka sama macam kami untuk kembali menyemarakkan Umno sebab kita jangka PRU makin hampir," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Selamat Tinggal Bersatu Sirih Pulang ke Gagang, Umno Dulu Kini dan Selamanya di Bukit Besi, di sini, malam kelmarin.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Dungun, Datuk Din Adam berkata, tindakan dan keputusan kumpulan itu untuk menyertai Umno dibuat berdasarkan pengalaman dan rasa kecewa ketika bersama Bersatu, sekali gus membuktikan Umno membawa perjuangan sebenar.

“Mungkin dulu mereka terpengaruh dengan kata-kata pembangkang, tapi sekarang mereka dah sedar dan kembali insaf. Hari ni mereka kembali untuk sama-sama bantu Umno memperjuangkan masa depan rakyat.

“Saya yakin mereka ambil keputusan ini sebab percaya perjuangan Umno adalah perjuangan sebenar dalam membela masa depan. Mereka bukan sekadar sertai parti, tapi cari parti yang lebih beri perlindungan dan harapan.


“Kumpulan ini akan bersama Umno dan bantu kemenangan BN khususnya di Dungun pada PRU akan datang. Kita jangka lebih ramai ahli Bersatu akan sertai Umno dan mungkin mencecah ratusan,” katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.