BERAPI!!! Amanah Umum Bertanding 13 Kerusi DUN Sarawak, Sedia Menentang PAS: Salahuddin Ayub.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) mengumumkan bahawa parti itu akan bertanding 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-11.

Timbalan presiden Amanah, Salahuddin Ayub ketika membuat pengumuman itu berkata parti itu telahpun memuktamadkan nama calon-calon yang akan bertanding.


"Pada mesyuarat bulanan parti hari ini, kami memutuskan untuk bertanding 13 kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak tetapi kami belum dapat memberitahu kerusi-kerusi tersebut tetapi ia meliputi kerusi di kawasan luar bandar dan bandar.


"Senarai nama calon akan diumumkan tidak lama lagi tetapi saya dapat mengesahkan hari ini bahawa semua calon ialah anak tempatan," kata beliau pada sidang media di sini, Ahad.


Salahuddin berkata Amanah akan bertanding menentang PAS jika parti itu meletakkan calonnya.


"Kami tidak mahu menentang PAS tetapi jika parti itu meletakkan calonnya, kami tidak mempunyai pilihan," kata beliau.


-Mstar

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.