Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penangguhan pemilihan parti itu yang sepatutnya berlangsung tahun depan. Najib berkata, pemilihan itu ditangguhkan selama 18 bulan.
Laporan Astro Awani menyebut, Najib berkata ia bagi memberi peluang kepada Umno untuk berkhidmat kepada rakyat dan mengukuhkan parti."Pemilihan parti tahun hadapan akan ditangguhkan selama 18 bulan.
Setelah kita dibincangkan, MT (majlis tertinggi) mengambil keputusan itu mengikut Fasal 10.16 Perlembagaan parti yang memberi hak kepada majlis tertinggi.
"Amat penting bagi kita untuk utamakan rakyat, keperluan rakyat, dasar dan akar umbi serta pengukuhan parti supaya Umno lebih mantap bagi menghadapi PRU (pilihan raya umum) akan datang," kata Najib seperti dipetik laman itu.
Menurutnya lagi, penangguhan pemilihan itu juga pernah dilakukan semasa presiden parti sebelum ini."Zaman bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Badawi juga sama.
"Bukan Umno tidak demokrasi dan mengamalkan keterbukaan, kita amalkan peluang untuk adakan pemilihan berdasarkan Perlembagaan Umno," katanya lagi.Najib bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat majls tertinggi parti itu di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur.
Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sejak tahun lalu lagi berharap agar pemilihan tersebut tidak ditangguhkan. Muhyiddin yakin Umno tidak akan berpecah jika pemilihan tetap dilangsungkan pada tahun depan.
“Pemimpin Umno sudah cukup matang untuk menghadapinya,” kata timbalan perdana menteri seperti dipetik dalam laporanBernama, November lalu.
Sumber
Sumber
0 comments:
Post a Comment