Aduhai!!! (Gambar2) YDP PAS Kota Bharu Diajak Sertai DAP Oleh Lim Kit Siang, Ini Jawapan Dato' Wan Abd Rahim.. Jom Terjah!!!



Yang Dipertua PAS Kota Bharu, Dato’ Wan Abd Rahim Wan Abdullah dipercayai telah menolak pelawaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang untuk menyertai parti itu.
Beliau berkata penolakan itu bukan bererti beliau tidak suka terhadap DAP, tetapi mempunyai tugasan politik tertentu pada masa depan.
“Maaf Kit..Saya telah memutuskan untuk menolak jemputan anda.
“Ini bukan bermaksud bahawa saya tidak suka DAP tetapi saya mempunyai tugas politik tertentu pada masa akan datang.
“Apa pun, terima kasih diucapkan kerana keyakinan,”kata Wan Rahim dalam Facebooknya semalam.
Wan Rahim berkata demikian selepas menyertai perasmian Pameran Amal Lukisan BRUCE LEE, Ulangtahun ke 75 di KB Mall, Kota Bharu anjuran DAP melalui program Impian Kelantan.
Impian Kelantan adalah gagasan idea pengasas dan pemimpin sepanjang zaman DAP, Kit Siang.
Walaupun majoriti ahli DAP Kelantan adalah berbangsa Cina, namun parti itu melantik Young Syefura Othman sebagai Penyelaras Impian Kelantan.


Majlis pelancaran pameran itu disempurnakan oleh Kit Siang yang juga merupakan penasihat Impian Malaysia.
Selain Kit Siang, tokoh-tokoh lain yang disenaraikan berucap adalah Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Kebangsaan) Anthony Loke Siew Fook Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan), Datuk A Samad Said, Dr Mohd Hatta Ramli dan Wan Abdul Rahim.
Nama Datuk Husam Musa juga turut disenaraikan, namun beliau tidak hadir.
Bekas Presiden KITA, Datuk Zaid Ibrahim juga turut hadir dalam program tersebut.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.