HOT!!! Kemelut Politik Pakatan Rakyat: MB Selangor Akan Menghadap Sultan, Jom Terjah!!!




SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata tidak ada asas untuk pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan krisis dalam pakatan pembangkang.
Selain itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak mengheret istana Selangor dalam krisis politik Pakatan Rakyat berikutan terputusnya hubungan kerjasama antara DAP dan PAS.
"Jangan heret institusi raja dalam krisis politik," kepadanya kepada pemberita selepas menyampaikan bubur lambuk dan buah kurma kepada umat Islam sempena Ramadan di sebuah masjid di sini, Khamis.
Sebelum ini, Azmin berkata beliau akan menghadap Sultan Selangor dalam masa terdekat bagi menjelaskan keadaan pentadbiran kerajaan negeri pimpinan PKR berikutan tindakan DAP mengisytiharkan pakatan pembangkang sudah 'berakhir' di peringkat pusat.
-- Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.