Hangat!!! Tubuh Parti Baru: Presiden PasMa, Datuk Phahrolrazi Sedia Digugurkan Keahlian PAS.. Jom Terjah!!!

Post Pic

ALOR SETAR: Presiden Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), Datuk Phahrolrazi Mohd. Zawawi bersedia digugurkan keahliannya daripada PAS ekoran tindakannya mahu menubuhkan sebuah parti baru bagi menggantikan PAS dalam bagi membentuk Pakatan Rakyat Baru (PRB).  

“Ini satu hakikat perlu diterima dalam kaedah dan keahlian parti politik, hanya satu parti politik sahaja yang berlaku dalam satu-satu ketika, jadi dia tidak boleh jadi dua parti politik.   

“Jadi apabila ditubuhkan parti politik baru, jadi sudah tentu kita menyertai parti baru sebab kita yang usahakan, jadi secara automatik kita perlu meninggalkan parti lama,” katanya kepada Antarapos dalam satu temubual eksklusif yang diadakan di sini.   

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Setiausaha Agung PAS yang baru, Datuk Takiyuddin Hassan bahawa mana-mana ahli PAS yang menubuhkan atau menyertai parti baru akan gugur keahliannya serta merta.   Peruntukan itu jelas terkandung dalam perlembagaan PAS, jelas Takiyuddin kepada pemberita di Parlimen sebelum ini.   

Phahrolrazi kemudiannya memberitahu, beliau sudahpun memikirkan perkara itu sebelum mengumumkan kepada umum hasrat PasMa untuk menubuhkan parti politik baru.   

“Saya sudah pun meletakkan semua jawatan dalam PAS pada ketika saya menubuhkan PasMa dan saya cuma ahli biasa sahaja sekarang dan cuma saya masih jadi ADUN sahaja,” katanya.   

“Sebelum ini saya YDP PAS Kedah, saya pernah memegang Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah ketika allahyarham Ustaz Azizan menjadi pesuruhjaya dan saya pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah pilihan raya pusat, itu di antara yang saya pernah pegang.  

 “Terlebih dahulu juga saya pernah berada dalam Exco PAS Pusat ketika saya berada dalam PAS sebelum usia saya mencapai 40 tahun,” katanya lagi. 

Phahrolrazi berkata PasMa perlu menubuhkan parti baru memandangkan jalinan kerjasama antara PAS, PKR dan DAP kini semakin tidak relevan kerana sering bercanggah pendapat berhubung isu-isu tertentu.  

“Bagi saya pakatan rakyat lama sudah tidak relevan wujud dengan berlakunya perbezaan di antara parti-parti komponen di antara DAP dan PAS.    

"Keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Presiden PAS dan PAS bertindak balik mengambil keputusan Muktamar memutuskan kerjasama dengan DAP, jadi pada saya ia sudah tidak wujud pada ketika ini, jadi perlu kepada PRB,” katanya.   

Kemelut dalaman di antara PAS dan DAP semakin membarah apabila DAP membuat keputusan memutuskan hubungan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi kekal menjalinkan kerjasama dengan parti itu. 
  
Pemimpin PAS bingkas mempertahankan Hadi dan berkata jik DAP memutuskan hubungan dengan Hadi bermaksud putus hubungan dengan parti itu.   

Memburukkan keadaan Dewan Ulama PAS pada muktamar tahunan parti itu minggu lalu meluluskan usul putus hubungan dengan DAP.   Bagaimanapun ianya belum muktamad dan akan dibincangkan Majlis Syura Ulama kelak.

-AntaraPos

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.