HOT!!! Inilah Punca Mazlan Aliman Letak Jawatan AJK PAS Pusat.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman meletak jawatan selaku Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat bagi sesi 2015-2017 berkuatkuasa serta merta.

Walaupun mengakui kekalahan beberapa rakan seperjuangannya dalam pemilihan awal bulan ini merupakan titik hitam dalam hidupnya, Mazlan berkata peletakan jawatannya tiada kaitan dengan perasaan kecewa terhadap perkara itu.

"Setelah mengambil masa dan pertimbangan, saya buat keputusan meletak jawatan sebagai AJK berkuatkuasa serta merta (hari ini).

"Ia bukan berkaitan soal saya  kehilangan rakan yang tewas, banyak komen mengaitkan saya dengan perkara ini. Bagi saya sama ada kalah atau menang mereka adalah rakan-rakan saya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Agung PAS di sini, Isnin.

Mazlan Aliman menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Pengarah Keselamatan Pejabat Agung PAS, Sharipuddin Mohd Yatim.

Menurut beliau, peletakan jawatan tersebut dilakukan kerana ingin memberikan lebih tumpuan kepada beberapa badan bukan kerajaan (NGO) yang diterajuinya, khususnya Anak.

"Sudah sampai masanya saya berikan lebih tumpuan kepada beberapa NGO yang saya ketuai iaitu Anak, Badan Prihatin Orang Asal (Batin), Pertubuhan Kebajikan Anak Penoreh Getah (Petah) dan Pertubuhan Kampung Tradisi Dan Warisan Bangsa Malaysia (Anak Warisan).

"Saya ingin memanfaatkan masa dan ruang untuk mengambil inisiatif menggabungkan NGO-NGO bagi menangani isu kritikal seperti FGV, GST dan kos sara hidup dengan mekanisme lebih berkesan," katanya.

Jelas Mazlan, walaupun tidak lagi memegang jawatan tertinggi dalam parti, beliau tetap kekal bersama PAS.

"Saya tetap bersama PAS walaupun sebagai ahli biasa dan akan terus memberikan sumbangan dalam perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran," katanya.

Pada masa sama beliau turut menafikan dakwaan akan menyertai Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa).

"Saya tiada kaitan dengan PasMa. Apa yang mereka buat tak ada kena mengena dengan saya," katanya.

Terdahulu semasa sesi penggulungan Muktamar PAS Ke-61, 6 Jun lalu, Mazlan mempertimbangkan sama ada masih mahu kekal atau keluar daripada kepimpinan parti.

Beliau berkata, perkara itu bermain di fikirannya sebaik melihat perkembangan yang berlaku dalam pemilihan PAS tahun ini.

"Saya sudah sebut pandangan saya (letak jawatan) di Facebook semalam (Jumaat) memang saya terluka dalam perkembangan dalam PAS.

"Saya akan umum sama ada kekal atau urus NGO saya, saya tak nak buat polemik dan saya mahu buat kerja," katanya.

Mazlan antara 18 AJK PAS Pusat yang baharu dipilih pada pemilihan Muktamar PAS Ke-61 yang diadakan pada 6 Jun lalu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.