Selepas Mazlan Aliman melepaskan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, seorang lagi pemimpin Datuk Amirudin Hamzah menolak jawatan pesuruhjaya Kedah yang ditawarkan kepadanya.
Menurut sumber, Amirudin sudah menghantar surat memaklumkan perkara itu kepada Ibu Pejabat PAS yang beliau tidak menerima tawaran itu.
Amirudin yang juga bekas AJK PAS Pusat sejak beberapa penggal lalu turut tewas dalam pemilihan baru-baru ini apabila perwakilan hanya memilih calon dalam 'cai' kumpulan konservatif.
Amirudin mendapat perhatian apabila sedia bertanding merebut jawatan yang dipertua PAS Kuala Kedah melawan presiden PasMa Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Namun Phahrolrazi tidak mempertahankan jawatannya yang dipegang sejak sekian lama itu menyebakan Amirudin menang tanpa bertanding.
- TMI
0 comments:
Post a Comment