#kitalawan: Rafizi Ditahan Polis Mengikut Seksyen 9 (5)Akta Perhimpunan Aman 2012.. Jom Terjah!!!


KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadian Rakyat (PKR) Rafizi Ramli hari ini ditahan bagi membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu kota pada Sabtu lepas (7 Mac).
 
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainol Samah berkata, Rafizi ditahan pukul 7 malam tadi mengikut Seksyen 9 (5)Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 143 Kanun Keseksaan.
 
"Keterangannya diperlukan berkaitan dengan himpunan #KitaLawan," katanya ketika dihubungi Bernama.
 
Perhimpunan itu diadakan bagi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
 
Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad dan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Subang Jaya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli ditahan pada Sabtu lepas, bagi membantu siasatan. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.