Terkini!!! Anak DS Anwar, Nurul Nuha Jelaskan Kenapa Keluarganya Mohon Pengampunan Buat Ayahnya.. Jom Terjah!!!


 
Usaha memohon pengampunan adalah langkah terakhir untuk membebaskan Anwar selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi membatalkan sabitan dan hukuman penjara 5 tahun kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Permohonan pengampunan juga akan menyebabkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak dapat mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang disandang Anwar sehingga selesai proses pengampunan.

Semalam Naib Presiden PRK Rafizi Ramli berkata Anwar tidak akan memohon pengampunan daripada Agong berhubung sabitan kes liwat yang dihadapinya.

Beliau berkata, sehingga kini Anwar tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada pasukan peguam belanya untuk berbuat demikian.


"Setakat yang saya ketahui, Anwar tidak pernah beri sebarang arahan (memohon pengampunan daripada Agong).


"Dia (Anwar) tidak bersalah," kata Rafizi semalam.


Bagaimanapun keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat keputusan mengejutkan untuk memohon pengampunan daripada pemerintah tertinggi negara hari ini pada saat-saat akhir.


Hari ini isteri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan keluarganya pergi ke Istana Negara untuk menghantar permohonan pengampunan.

Difahamkan, permohonan tersebut dimaklumkan kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.


Ramai yang tertanya-tanya.. apa cerita ni? Parti kata Anwar tak mohon pengampunan tapi Presiden parti pulak pergi mohon pengampunan..


Berikut adalah penjelasan dari anak Anwar Ibrahim yang namanya Nurul Nuha..



UNTUK SEBARAN SEGERA
KENYATAAN MEDIA  
24 FEBRUARI 2015 
Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa. 
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara. 
Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia. 
Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. 
Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan. 
Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan. 
NURUL NUHA ANWAR
Penyelaras #March2Freedom

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.