Aduhhh!!!! PM Hj Najib Akan Saman Harakahdaily Berhubung 1MDB dan Riza Aziz, Anak Tiri Beliau.. Jom Terjah!!!


Datuk Seri Najib Razak bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap portal milik PAS Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan anak tirinya Riza Aziz, lapor Utusan Online.

Menurut laman sesawang milik Utusan Malaysia itu, surat tuntutan perdana menteri bagi memulakan tindakan undang-undang itu diserahkan kepada Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub pada pukul 3 petang.

Menurut Utusan Online, tindakan undang-undang tersebut dibuat atas kapasiti peribadi Najib yang juga merupakan presiden Umno berikutan fitnah dibuat Harakahdaily dalam laporan bertajuk, "Dana 1MDB biayai syarikat filem Riza Aziz?"
Apabila dihubungi The Malaysian Insider, Rosli mengatakan beliau bangga jika benar disaman oleh Najib.

“Saya bangga sebagai orang kecil macam saya pun, perdana menteri akan saman,” katanya.

“Saya akan bincang dengan peguam saya untuk mendapatkan nasihat, boleh jadi Mohamed Hanipa Maidin sebelum mengambil apa-apa tindakan."

Berita gempar hari ini

Menurut Rosli, tulisannya berdasarkan satu berita yang disiarkan akhbar Amerika Syarikat (AS) The New York Times.

Bagaimanapun Rosli enggan mengesahkan sudah menerima surat saman yang dikatakan daripada Najib itu.

Pejabat Harakah ketika dihubungi The Malaysian Insider juga berkata tidak menerima sebarang surat saman itu.

“Saya belum terima apa-apa surat hari ini,” kata Pengurus Pentadbiran Harakah Sharini Mat Sutris.

Dalam artikel yang ditulis Rosli pada 12 Februari lalu, beliau mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB.

1MDB merupakan entiti yang dimiliki Kementerian Kewangan dan Riza merupakan anak kepada Datin Seri Rosmah Mansor dalam perkahwinan sebelumnya.



Sumber

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.