TERKINI!!! (Gambar2) Sultan Selangor TARIK BALIK Gelaran 'Datuk Seri' Dari DS Anwar Ibrahim Tersebar.. Jom Terjah!!!




KUALA LUMPUR: Darjah Kebesaran yang membawa gelaran 'Datuk Seri' yang diberikan kepada Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim telah ditarik balik berkuatkuasa 3 November lalu.

Dalam satu kenyataan, pihak Istana berkata darjah kebesaran itu ditarik balik “berasaskan kepada tindakan dan perlakuan beliau sejak akhir tahun 2013  yang mempersoalkan kewibawaan dan kuasa DYMM Sultan Selangor dan Institusi Raja dalam menyelesaikan kemelut pelantikan Menteri Besar Selangor.”



“Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor telah memutuskan bahawa Darjah Kebesaran Dato’ Seri yang dikurniakan kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim adalah ditarikbalik berkuat kuasa 3 November 2014 selaras dengan kuasa Baginda sebagai sumber bagi segala Penghormatan dan Kebesaran dan negeri Selangor sertu kuasa untuk menurunkan Darjah Kebesaran sepertimana yang diperuntukkan di bahawa Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959,” kata Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Mohamad Munir Bani dalam satu kenyataan.



Darjah Kebesaran Datuk Seri - Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (S.S.S.A.) dikurniakan kepada Anwar pada tahun 1992.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.