Allahu Rabbi!!! Tokoh Perfileman Negara, Datuk Mustapha Maarof Kritikal Di Hospital.. Doakan Beliau!!!


PETALING JAYA: Hero filem Malaya era 1950-an, Datuk Mustapha Maarof, 79, dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang menjalani rawatan di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini.
Rakan baik beliau iaitu produser filem Pansha Nalliah berkata, pelakon veteran itu hanya bergantung kepada alat bantuan pernafasan sahaja ketika ini.

"Saya ada melawat beliau sebentar tadi dan keadaannya amat-amat kritikal. Beliau hanya bergantung kepada alat bantuan sahaja ketika ini. Kita doakan kesejahteraan beliau,” ujar Pansha ketika dihubungi mStar Online di sini pada Rabu.

Mustapha dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.
Mustapha Maarof
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan pada Selasa untuk rawatan lanjut.

Mustapha yang juga suami kepada seniwati Allahyarham Roseyatimah merupakan pelakon filem Melayu era 1950-an yang mula bertapak di Singapura.

Sepanjang kerjayanya sebagai pelakon, beliau terkenal dengan watak putera raja termasuklah dalam filem Bawang Putih Bawang Merah.

Filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas). 

Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.