Terkini!!! Anak Penceramah Kontroversi Mangsa Pemalsuan Slip SPM, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!


Anak penceramah kontroversi Dr Ridhuan Tee Abdullah antara mangsa kes pemalsuan salinan slip peperiksaan SPM selepas mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas individu yang memalsukan keputusan tersebut.‎
Tertuduh Mohd Firdaous Shariful Azman, 36, dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan slip SPM tiga individu termasuk anak Ridhuan Tee, Mohd Syafi dan dua individu lain, Puteri Sabrina Shazlin Roslan dan Dhuratul Ain Radzali.
Usaha The Malaysian Insider untuk menghubungi Ridhuan untuk mendapatkan maklumbalas tidak berjaya setakat berita ini ditulis.
Bagaimanapun, Mohd Firdaous tidak mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya di hadapan Majistret Zuraini Abdul Razak.
Memetik laporan Bernama, Mohd Firdaous didakwa melakukan kesalahan bagi ketiga-tiga individu tersebut dengan niat supaya rekod itu dipercayai dibuat, ditandatangani dan disempurnakan dengan kuasa seseorang bagi memperdaya Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM).
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat ITBM, Seksyen 10, Wangsa Maju di Kuala Lumpur antara 10.34 pagi 4 Jun dan 3.21 petang 13 Jun lepas.
Mohd Firdaous didakwa mengikut Seksyen 466 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Najwa Bistamam menawarkan jaminan RM15,000 bagi semua pertuduhan.
Peguam Adenan Ismail memohon supaya jaminan terhadap anak guamnya dikurangkan atas alasan tertuduh perlu menguruskan syarikatnya dan perlu menanggung anak yang masih kecil.
Zuraini membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 15 Disember untuk sebutan kes. – 24 November, 2014.
- TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.