Terkini!!! Datuk Saifuddin Nasution Ismail Diganti Dengan Rafizi Ramli Sebagai Setiausaha Agung PKR.. Jom Terjah!!!

Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, dilantik sebagai setiausaha agung baharu PKR. – Gambar fail The Malaysian Insider, 13 Oktober, 2014.Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, dilantik sebagai setiausaha agung baharu PKR. 
Arkitek "Langkah Kajang" PKR, Rafizi Ramli, dilantik sebagai setiausaha agung parti itu yang baharu, lapor akhbar berbahasa Inggeris, The Star.‎
Naib presiden PKR dan ahli Parlimen Pandan itu dilantik menggantikan‎ Datuk Saifuddin Nasution Ismail, dalam apa yang dilihat sebagai mengkonsolidasi parti itu selepas Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai menteri besar Selangor.
PKR juga melantik dua naib presiden iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar dan Ahli Parlimen Penampang Darell Leiking.
Menurut The Star, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata, calon ketiga naib presiden masih belum disahkan walaupun parti itu sudah mempunyai nama. –
- TMI

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.