Astagfirullah!!! (Gambar) Raikan 'CINTA SEBULAN' Pelajar IPT Ditahan Di Hotel Budget.. Jom Terjah!!!

Kakitangan Jaik menyoal siasat pelajar yang dicekup. Gambar kanan: Gadis berusia 23 tahun disoal kakitangan Jaik dan AADK.
Kakitangan Jaik menyoal siasat pelajar yang dicekup. 
Gambar kanan: Gadis berusia 23 tahun disoal kakitangan Jaik dan AADK.

ALOR SETAR - Kerana cinta, seorang gadis sanggup menggadaikan maruah untuk bersama teman lelaki yang baharu dikenalinya sebulan lalu dengan bermalam di sebuah hotel, dekat sini.

Namun, pasangan kekasih berusia 23 tahun yang kedua-duanya pelajar semester tiga di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di Bukit Kayu Hitam dicekup dalam Operasi Bersepadu Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) bersama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Kedah, kelmarin.

Difahamkan, beberapa anggota ops bersepadu terpaksa menunggu lebih kurang 10 minit sebelum pasangan berkenaan membuka pintu bilik hotel tersebut.

Penolong Pengarah Penguatkuasa Undang-Undang, Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, ketika disoal, lelaki berasal dari Pendang, manakala gadis berasal dari Johor itu memaklumkan mereka berdua makan angin di Pantai Merdeka bersempena cuti hujung minggu.

Bagaimanapun, mereka mengambil keputusan menyewa bilik hotel terbabit selepas mendakwa  tidak sempat pulang ke kolej kediaman.

Katanya, kadar sewa hotel serendah RM15 sejam ditawarkan beberapa hotel mengakibatkan golongan pelajar mengambil kesempatan.

“Harga mengikut kadar jam rendah. Jadi, mana-mana pelajar mampu akan membayar sewa demi melampiaskan nafsu bersama pasangan,” katanya.

Menurutnya, golongan pelajar sepatutnya menumpukan pada pelajaran, sekali gus mengetepikan keinginan cinta mereka demi mengelakkan terjerumus ke kancah
maksiat.

"Pihak kami mendapati ada kediaman dijadikan tempat persinggahan pasangan kekasih demi mengaburi mata pihak berkuasa.

"Operasi berterusan dilaksanakan dilihat mengurangkan aktiviti maksiat, namun pihak kami akan terus mengadakan pemantauan demi mengekang aktiviti tak bermoral," katanya.

Terdahulu, kira-kira 40 kakitangan kedua-dua jabatan memeriksa beberapa hotel murah di sekitar bandaraya Alor Setar dalam operasi bermula jam 12 tengah malam
hingga 3.30 berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.