Fuhhh!!! Fenomena Klip Video Kumpulan Nasyid Popular Hijjaz Berjudul ‘Al-Qassam’.. MELETUP.. Jom Terjah!!!


Klip video Hijjaz tidak ada kena mengena dengan jihad - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR: Klip video kumpulan nasyid popular Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ disifatkan tidak ada hubung kait dengan jihad.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, klip video yang kian mendapat perhatian, khususnya di kaca televisyen Gaza itu dilihat hanya satu nasyid yang berunsur keagamaan.

"Ianya tidak ada hubung kait dengan jihad...tidak ada kena mengena dengan roket yang dilancarkan.

"Ia hanya satu nasyid yang berunsurkan keagamaan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI di sini.

Zahid berkata demikian ketika mengulas klip video berdurasi 5 minit 34 saat oleh kumpulan nasyid, Hijjaz berjudul ‘Al-Qassam’ yang dilancarkan ketika Gaza berhadapan dengan serangan udara Israel.


Lagu asalnya adalah lagu tema Briged al-Qassam yang menjadi nadi utama pertahanan di Gaza. Lagu berkenaan diterjemah oleh kumpulan Hijjaz sebagai tanda solidariti rakyat Malaysia untuk Gaza.

Sebelum ini Zahid berkata, kerajaan memberi jaminan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pergerakan berunsur militan yang cuba bertapak di negara ini termasuk mereka yang berselindung di sebalik pergerakan didakwa berunsur jihad.


Jelasnya, komitmen negara dalam perkara itu dibuktikan menerusi kerjasama erat dengan Polis antarabangsa (Interpol) sejak sekian lama dalam mengesan individu disyaki militan sama ada rakyat negara ini mahu pun rakyat asing.

Sebelum ini juga, Zahid turut melahirkan kecaman keras terhadap siri serangan udara tentera Israel dalam Operasi Perlindungan Sempadan di Semenanjung Gaza yang mengorbankan puluhan rakyat Palestin dan mencederakan ratusan yang lain.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.