Fuhh!!! (Video) Kes Gadis Peugeot: Saya Sudah Maafkan Dia.. Ini Butiran Laporan Polis Kes Berkaitan.. Jom Terjah!!!

Kuantan: Warga emas yang menjadi mangsa seorang wanita bertindak ganas ketika kemalangan di parkir Pusat Transformasi Bandar (UTC) pada Isnin lalu tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadapnya malah bersedia memaafkan wanita itu.
Pesara kerajaan, Sim Siak Hong, 68, berkata, dia hanya membuat laporan polis berhubung kemalangan itu namun enggan melaporkan kejadian wanita itu bertindak ganas terhadapnya walaupun diminta pihak berkuasa untuk berbuat demikian. 
"Saya menganggap dia bertindak demikian mungkin didorong perasaan marah kerana saya melanggar keretanya. 

"Walaupun trauma dengan kejadian itu saya tetap memaafkannya dan berjanji tidak akan melaporkan tindakan kekerasannya kepada polis malah dia juga sudah memohon maaf kepada saya," katanya ketika ditemui di sini, sebentar tadi.


Foto
SIAK Heong menunjukan kesan kemek di keretanya akibat dipukul wanta berkenaan dengan menggunakan pengunci stereng.
Kemalangan kecil yang berlaku kira-kira jam 1 petang itu menyebabkan wanita berusia 30 tahun itu naik darah dan bertindak memaki Siak Heong dengan perkataan kasar serta berbaur perkauman.

Malah wanita itu turut bertindak memukul kenderaan Siak Heong menggunakan pengunci stereng.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar memaklumkan polis akan menyiasat wanita yang dirakam membuli seorang lelaki berusia berikutan satu kemalangan jalan raya di Kuantan . 
Katanya, berdasarkan video kejadian itu yang tersebar meluas di Internet sejak semalam, kes berkenaan akan disiasat di bawah kes buli jalan raya. Menurutnya, beliau baru menonton video tersebut dan mendapati wanita berkenaan garang sungguh dengan mengetuk kereta lelaki berusia itu berulang kali dengan kunci stereng.

**********
Dalam pada itu, Kiki difahamkan telah membuat satu laporan polis berkaitan kemalangan ini di Kuantan. Berikut adalah butiran aduannya yang kini tersebar:
As salam YDH Dato/ Tuan. Laporan kes menarik perhatian kemalangan jalanraya/road bully spt mana disiarkan dlm laman sosial facebook, youtube dan whatsapp.
1. Tarikh/masa kejadian : 14 hb Julai 2014 jam l/kurang 1310hrs.
2. Tempat kejadian: kawasan parking UTC Kuantan.
3. No repot : Trafik Kuantan Repot 7143/14.
4. Pengadu: Siti Fairrah Asyikin bt Kamaruddin, umur 30 tahun, kerja swasta, alamat C1 Rumah kakitangan ladang felda lepar utara 8 bandar Jengka. Pahang.
5. Ringkasan kes:
Pada 14/7/14 jam lebih kurang 1310 hrs, pengadu memandu motokarnya no CDM 25 jenis Peugeot di kawasan parking UTC Kuantan utk ke tempat bayar parking tiba2 sebuah motokar jenis Toyota no CBG 5392 keluar dari sebelah kiri dan terus melanggar bhg kiri motokar pengadu. Pengadu tidak cedera dan motokar pengadu mengalami calar2 di bhg bumper belakang.
6. Tindakan diambil: kes disiasat oleh A.I.O Sjn 162772 Mohd Izam Sadhli bin Zakaria dibawah LN166/59 003(2)(B) iaitu keluar simpang tidak beri laluan. Saman telah dikeluarkan kepada pemilik motokar Toyota no CBG 5392 iaitu Sim Siak Hong umur 67 tahun seorang pesara, Alamat A 2486 Lorong Kubang Buaya 20 Off Jln Kubang Buaya Kuantan. Beliau juga ada membuat repot trafik no 7145/14 menyatakan beliau tidak cedera dan kereta tidak rosak.
7. Sewaktu diambil keterangan oleh a.i.o, lelaki cina ini ada menyatakan pengadu ada mencekak baju beliau dan mengetuk kereta beliau dengan stering lock. A.i.o telah memberi nasihat agar beliau membuat laporan polis namun lelaki cina ini ada menyatakan tidak mahu membuat laporan dan memaafkan pengadu.
Sekian utk makluman YDH Dato/ tuan drp ASP Ahmad Nazri Zainal. KBKA/KTD Kuantan, Pahang.
Kasihan juga kami dengan nasib gadis yang dikenali dengan nama Kiki ini.
Nampaknya dia perlu membayar harga yang sangat mahal atas ketelanjuran perbuatannya jika dibandingkan dengan nilai kemek yang tak seberapa pada kereta barunya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.