KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Sarawak, Wong Ho Leng meninggal dunia malam tadi selepas menderita barah otak sejak tahun lalu.
Berita kematian itu dimaklumkan oleh beberapa orang pemimpin serta organ rasmi DAP melalui mesej di Twitter sambil mengucapkan takziah.
Ho Leng menjalani rawatan di Singapura sejak awal tahun ini sebelum dibawa balik dan dipindahkan ke hospital di Sibu.
Mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri sejak 12 Februari dan sebelum itu hilang upaya untuk bertutur. Mendiang juga sebelum ini menjalani pembedahan trakeostomi iaitu menebuk lubang pada lehernya untuk membantu proses pernafasan.
Pada 16 April lepas, mendiang dimasukkan ke ICU di Pusat Rawatan Rajang di Sibu selepas jantungnya terhenti selama kira-kira 20 minit.
Kerajaan Negeri Sarawak awal bulan ini menyerahkan bantuan kewangan sebanyak RM1 juta kepada mendiang untuk menampung sebahagian kos rawatan yang beliau tanggung.
Bantuan kewangan itu diserahkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar sebagai wakil kepada Ketua Menteri Tan, Sri Adenan Satem dan diterima oleh Irene dalam satu majlis di Pejabat Speaker DUN di Kuching pada 5 Jun lepas.
Mohamad Asfia dilaporkan memberitahu bantuan itu diberikan atas arahan Adenan yang bersimpati dengan keadaan Ho Leng.
Ho Leong merupakan seorang peguam dan sebelum ini Pengerusi DAP Sarawak. Beliau jadi ADUN Bukit Assek selama tiga penggal selepas menang dalam pilihan raya negeri pada 1996, 2006 and 2011.
Dalam PRU-13, Ho Leong tidak mempertahankan kerusi Parlimen Sibu yang dimenanginya dalam pilihan raya kecil pada 16 Mei 2010 atas nasihat doktor.
0 comments:
Post a Comment