Gelora MB Selangor!!! Kedudukan MB Selangor Bakal Berubah, Ini Buktinya... Jom Terjah!!!


Sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Jun, 2014.
Sikap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah. 

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berdepan dengan masalah baru untuk terus memimpin Selangor apabila PAS negeri yang selama ini menyokongnya untuk terus kekal sebagai menteri besar kini bersama PKR dan DAP untuk menolaknya ekoran tindakan beliau yang selalu membuat keputusan bersendirian di negeri kaya itu.
Sikap menteri besar Selangor pada penggal kedua itu yang seringkali membelakangkan Pakatan Rakyat (PR) dalam keputusan menyebabkan parti Islam negeri yang selama ini setia bersamanya, beralih arah, kata beberapa pemimpin PAS negeri.
"Pada dasarnya, inilah yang disuarakan oleh satu mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor sebelum ini, kesemua 22 Yang di-Pertua PAS kawasan di seluruh Selangor bersetuju agar Khalid ditukar kerana beliau dianggap membawa masalah," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor Jaafar Sulaiman kepada The Malaysian Insider.
Menurut Jaafar, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Khalid yang membelakangkan parti-parti dalam PR walaupun mereka yang meletakkan beliau di kedudukan itu.
Jaafar turut mendesak PAS Pusat dan PR agar menukar Khalid dengan calon yang lebih layak dan sentiasa bersama gabungan itu.
PKR sebelum ini memulakan Langkah Kajang untuk menggantikan Khalid dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Namun langkah itu terbantut selepas Mahkamah Rayuan menerima rayuan Putrajaya, dan mendapati Anwar bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Keputusan mahkamah itu menyebabkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terpaksa bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang selepas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan itu, Lee Chin Cheh meletakkan jawatan.
Bagi Jaafar, kelemahan Khalid semakin ketara dalam menggendalikan beberapa isu penting, termasuk pengambilalihan syarikat pengurusan air, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan pembinaan Lebuhraya Kidex yang mendapat bantahan ramai.
Menurut Jaafar, rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada PBM dan serbuan ke atas majlis perkahwinan di sebuah kuil Hindu, selari dengan Agenda Rampas Selangor (ARS) yang dibentuk Umno negeri untuk menjauhkan sokongan bukan Islam daripada PR.
Beliau berkata kuasa berlebihan yang diberikan oleh Khalid kepada pegawai kerajaan di pejabat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang membelakangkan ahli-ahli majlis dilantik oleh parti-parti PR, turut menimbulkan kemarahan.
"Misalnya, pengambilan kuasa pengurusan ke atas pasar-pasar malam daripada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang dikuasai parti Pakatan kepada pegawai di PBT. Apabila kita bertanya kepada pegawai PBT, mereka katakan ini kehendak menteri besar," katanya.
Ahli Parlimen Shah Alam dari PAS, Khalid Samad turut bersetuju dengan Jaafar.
"Kita sudah membuat keputusan sebelum ini, Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang bagi saya perlu diterima oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat.
"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," kata Khalid ketika kepada The Malaysian Insider.
Ketika ditanya mengapa isu ini bergema kembali, Khalid berkata, ia senyap seketika kerana pemilihan PKR sedang berjalan dan bukan kerana sudah selesai.
"Ramai senyap kerana bimbang jika serangan ke atas Khalid diteruskan, ia ditafsirkan sebagai kempen negatif ke atas beliau yang bertanding timbalan presiden PKR," katanya yang sebelum ini adalah penyokong utama Khalid Ibrahim di Selangor.
Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman berkata, masalah besar Khalid adalah beliau tidak mendengar dan mendapatkan nasihat daripada rakan-rakannya dalam PR.
"Ketika hangat isu ini dibincangkan sebelum ini, saya pernah menyebut kepada beliau bahawa kita tidak bercadang untuk menukar beliau, tetapi kita mahu beliau berubah," kata Dr Rani yang juga merupakan Adun Meru.
Menurut Dr Rani, beliau pernah membisikkan kepada Khalid dan meminta beliau agar mendekati dan mengambil pandangan sahabat-sahabat dalam PR.
"Isu yang saya sebut kepada beliau, antaranya adalah PBT. Nampaknya isu ini boleh menjatuhkan Pakatan selepas ini," katanya.
Sementara Adun Hulu Klang dari PAS, Shaari Sungib mengatakan DAP pernah menimbulkan agar Khalid digantikan, tetapi perbincangan masih belum dilakukan di peringkat PR.
"Tetapi jika dikekalkan keadaan dasar yang ada, ini akan menyebabkan kekalahan PR dalam PRU14, kita kena bersemukalah, 'put our facts together'," katanya.
PKR Selangor pimpinan Mohamed Azmin Ali sememangnya tidak sebulu dengan pentadbiran Khalid. DAP pula secara terbuka menyerangnya melalui pemimpin seperti Gobind Singh Deo.
Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz baru-baru ini menulis di blognya Sakmongkol AK47, mengatakan jika Khalid tidak digantikan, BN akan berjaya merampas Selangor dalam PRU14.
Bagaimanapun, apabila diminta mengulas kenyataan ahli Parlimen DAP itu, Khalid berkata: "Tidak, itu perlu bertanya pada Raub. Dia bukan wakil daripada negeri Selangor." – 20 Jun, 2014.
- themalaysianinsider

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.