Keputusan Terbaru!!! (Gambar & Video) Itali Benam England 2-1.. Jom Terjah!!!

Super Mario Itali benam England 2-1

MANAUS: Penyerang kontroversi, Mario Balotelli membantu juara Piala Dunia empat kali, Itali mencatat kemenangan 2-1 ke atas England pada perlawanan Piala Dunia Kumpulan D di Arena Amazonia, sebentar tadi.

Itali dan England terikat 1-1 pada separuh masa pertama, kedua-dua pasukan pantas mengubah corak permainan sebelum Balotelli yang pernah beraksi di England bersama kelab Manchester City menanduk masuk gol hasil yang menewaskan bekas rakan sepasukannya, Joe Hart.


Permainan pada separuh masa pertama nampak seimbang sekalipun Itali lebih dulu di depan menerusi Claudio Marchisio yang memanfaat gerakan bijak Andrea Pirlo menerusi satu sepakan percuma untuk melepaskan rembatan pada minit ke-33.




Namun England pantas menyamakan kedudukan tiga minit kemudian menerusi Daniel Sturridge hasil hantaran penyerang, Wayne Rooney.

Dan ketika ketiadaan penjaga gol utama Itali, Gianluigi Buffon yang tidak beraksi diharap memberi kelebihan, ia gagal dilaksanakan jentera serangan England.

England turut memperoleh beberapa peluang terbaik menyamakan kedudukan pada babak kedua apabila Rooney yang bijak memperdaya perangkap ofside namun rembatannya meliar manakala sepakan percuma pada jarak 22 meter ke gawang Itali yang diambil kapten, Steven Gerrard sekadar melepasi palang gol.

Itali menyenaraikan lima pemain tengah dalam perlawanan pembukaan Kumpulan D menentang England, sebentar lagi dengan diketuai pemain veteran, Andrea Pirlo.

Daniele De Rossi, Antonio Candreva, Claudio Marchisio dan pemain muda, Marco Verratti melengkapkan bahagian tengah Azzurri, manakala Salvatore Sirigu bertindak sebagai penjaga gol menggantikan Gianluigi Buffon yang cedera.

England pula membariskan trio Raheem Sterling, Danny Welbeck dan Wayne Rooney untuk membantu penyerang tunggal, Daniel Sturridge.

Kali terakhir Itali menjulang kejuaraan adalah pada 2006 dengan kemenangan tunggal England di Piala Dunia adalah pada 1966.

Manakala kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada suku akhir Euro 2012 yang menyaksikan Itali menang menerusi penentuan penalti.


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.