BELO HORIZONTE: Colombia menang bergaya 3-0 ke atas Greece pada perlawanan pertama hari ini yang berlangsung di Studio Mineiro, Belo Horizonte.
Pablo Armero mengejutkan pihak lawan dengan gol pertama seawal minit ke-5.
Separuh masa pertama menyaksikan Greece mengawal permainan dengan beberapa cubaan jaringan namun gagal memecah kebuntuan.
Masuk separuh masa kedua, Colombia sekali lagi menembusi gawang dengan jaringan kedua pada minit ke-58 menerusi Teófilo Gutiérrez.
James Rodriguez menjaringkan gol terakhir buat Colombia pada masa tambahan sekali gus menamatkan perlawanan dengan keputusan 3-0 ke atas Greece.
Pemain berusia 23 tahun ini menerima gelaran 'Man of the Match'.
Colombia dan Greece pernah bertemu sebelum ini sewaktu pusingan awal Piala Dunia 1994 yang mana Colombia menang 2-0.
Dan ini kali pertama Colombia kembali menyertai Piala Dunia selepas kali terakhir pada 1998.

0 comments:
Post a Comment