
Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan dibuka pada 9 pagi ini di Sekolah Menengah Seri Perak di Teluk Intan.
Proses akan berlangsung selama sejam sebelum pusat penamaan calon ditutup pada 10 pagi.
Pegawai Pengurus Pilihan Raya Datuk Ibrahim Ahmad dijangka mengumumkan nama calon yang layak bertanding dalam PRK itu, sebelum 11 pagi.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.
Selepas perbincangan panjang, DAP memutuskan memilih peguam 27 tahun, yang juga bekas setiausaha politik Dyana Sofya Mohd Daud untuk pilihan raya kecil itu.
Walaupun Teluk Intan merupakan kawasan majoriti Cina, DAP mempertaruhkan muka Melayu muda yang sedang meningkat naik dalam parti yang sering dituduh kecinaan itu.
Jika dipilih, Dyana menjadi anggota Parlimen DAP pertama daripada kalangan wanita Melayu (kedua termuda selepas Fong Po Kuan di Batu Gajah pada 1999) dan anggota Dewan Rakyat Melayu ketiga parti itu.
Beliau bagaimanapun bertembung dengan anggota politik veteran Datuk Mah Siew Keong, presiden Gerakan, yang menyandang kerusi itu antara 1999 hingga 2008. Beliau juga penduduk tempatan.
Mah tewas dalam dua pilihan raya umum sebelum ini kepada calon DAP M Manogaran pada 2008 dan kepada mendiang Seah pada pilihan raya umum lalu. Majoriti terkini 7,000 undi.
Ahli politik 53 tahun itu bagaimanapun akan turut bergantung kepada kekuatan jentera BN untuk kempen 12 hari sebelum pilihan raya pada 31 Mei ini.
Laporan langsung
9.45am: Pemimpin popular DAP menolak tanggapan bahawa Dyana Sofya menjadi boneka DAP.
Lim akui Dyana bukan calon pilihan tetapi menegaskan akan berhabis-habisan memenangi pilihan raya kecil itu.
Beliau menggesa pengundi mempertimbangkan pilihan raya itu antara nasionalisme dan politik kaum.
10am: Penamaan calon ditutup.
9.55am: Seorang pegawai polis memaklumkan media bahawa kira-kira 2,500 penyokong BN berkumpul di luar pusat penamaan calon sementara penyokong Pakatan, yang berkumpul di luar sekolah, lebih 1,000 orang.
“Beliau akan melalui apa yang saya lalui, jadi saya harap yang terbaik untuknya.
"Dan saya pasti beliau akan berjaya menghadapi cabaran itu,” katanya.
Pilihan raya kecil akan berlangsung pada 25 Mei.
9am: SMK Seri Perak – Pengurus Pilihan Raya Ibrahim Ahmad mengumumkan proses penamaan calon brmula.
Calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan calon BN Mah Siew Keong memasuki pusat penamaan calon.
8.30am: Taman Cicely -- Lebih 500 penyokong BN berkumpul di kawasan masuk ke kawasan perumahan dan menunggu pemimpin dan calon mereka.
Antara pemimpin yang sudah berada di situ timbalan menteri kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan, Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Wanita Gerakan Tan Lian Hoe.
Seorang guru yang enggan namanya didedahkan memberitahu Malaysiakini, pihak sekolah telah memaklumkan kepada pelajar berhubung penamaan calon hari ini dan menasihatkan mereka bersedia untuk bunyi bising daripada proses itu.
“Sukar untuk pelajar menumpukan perhatian semasa peperiksaan, tetapi mereka harus menahannya,” katanya.
Penyokong Pakatan akan mula berarak ke pusat penamaan di SMK Seri Perak pada jam 8.30 pagi.
8am: Taman Cicely – Penyokong Pakatan bermula berkumpul di kawasan masuk ke taman itu, di mana pusat penamaan calon terletak.

Video2:
0 comments:
Post a Comment