Al-Fatihah: (Gambar) Penumpang Jemaah Umrah Meninggal Dunia Dalam Pesawat AirAsia X

Air Asia X, penumpang, meninggal dunia, Jeddah

KUALA LUMPUR 10 Mei - Seorang penumpang yang dipercayai jemaah umrah meninggal dunia dalam pesawat AirAsia X penerbangan D7 171 yang dalam perjalanan menuju Kuala Lumpur dari Jeddah, malam tadi.

Air Asia X dalam satu kenyataan sebentar tadi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu, pihaknya telah berusaha yang sebaik mungkin untuk kesejahteraan semua pihak.

"Kami mengesahkan kematian salah seorang penumpang penerbangan D7 171. Terlebih dahulu kami ingin memanjangkan rasa simpati terhadap keluarga yang kehilangan orang tersayang.

"Keluarga Allahyarham dan pihak berkuasa telah diberikan maklumat tentang perkara ini dan kami akan menyediakan segala keperluan untuk bantuan," kata jurucakap Air Asia X, di sini hari ini.

Difahamkan, pesawat itu telah selamat tiba di lapangan terbang, lewat malam tadi. -

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.