Terkini!! Jawatankuasa Teknikal Hudud Diarah Tutup Mulut, Kata Mufti Kelantan.. Jom Terjah!!!


Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud diarahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan pelaksanaan hudud di negeri itu yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar). 

Beliau berkata hanya Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dibenarkan memberikan kenyataan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.


"Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa, saya tidak ada sebarang ulasan untuk anda bagi menghormati keputusan mesyuarat," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.


Bernama melaporkan pada Rabu, Setiausaha Publisiti Kebangsan DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR, N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Pua berkata DAP yang terdiri daripada 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan kerajaan Kelantan berkenaan Hudud jika ia dibahaskan di Parlimen.


Sementara itu, Ahmad dilihat tidak berganjak dengan keputusan untuk membawa usul pendirian melalui ahli Parlimen Kelantan, meskipun rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) menyatakan tentangan mereka.


"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," lapor Utusan Malaysia.


Dalam satu pertemuan bersama Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) semalam, Ahmad turut menggambarkan pendirian sama berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.

Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd Adnan Mohd Zin berkata pendirian kerajaan Kelantan melihatkan siapakah sebenarnya penyokong dan penentang kepada suruhan Allah dan syariat Islam berkenaan.


"Dalam pertemuan kita tadi, menteri besar berkata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu.


"Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya kepada akhbar itu.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.