Terkini!!! 683 Lagi Penyokong Ikhwan Dihukum Mati...

Minya (Mesir): Mahkmah Mesir hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas Ketua Ikhwan Mohamed Badie dan 682 penyokong pertubuhan itu.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Said Youssef Sabry selepas dua sesi perbicaraan yang mana sebahagian daripadanya diboikot pihak peguambela. 

Mahkamah sama turut meringankan hukuman mati ke atas 492 daripada 529 orang pada Mac lalu, dengan kebanyakan mereka dikenakan hukuman penjara seumur hidup.
Foto
SEORANG remaja Mesir menangis selepas mendengar keputusan mahkamah yang menjatuhi hukuman mati ke atas 683 pemimpin dan penyokong Ikhwan di Minya, hari ini. FOTO AFP

Keputusan mahkamah terhadap penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi pada bulan lalu itu mencetuskan kecaman antarabangsa.

Mengikut undang-undang Mesir, kes hukuman mati akan dirujuk kepada ulama terlebih dahulu bagi mendapatkan nasihat. Mahkamah boleh memilih untuk menjatuhkan hukuman itu tetapi ia masih boleh dicabar di peringkat Mahkamah Rayuan. 

Daripada 683 yang dihukum mati hari ini, sebanyak 50 orang sahaja berada dalam tahanan. Hakim akan mengesahkan hukuman itu pada 21 Jun ini. Tertuduh lain yang belum ditahan berhak meminta dibicarakan semula jika mereka menyerah diri. 

Ini adalah kami pertama hukuman mati disabitkan ke atas Mohamed Badie, ketua ulama Ikhwan. 

Beberapa wanita ahli keluarga tertuduh yang menunggu di luar mahkamah pengsan sebaik mendengar keputusan mahkamah itu. 

“Di mana keadilan?”seru yang lain. 

Mereka yang dijatuhi hukuman mati itu dituduh terbabit dalam pembunuhan dan cubaan bunuh anggota polis di wilayah Minya pada 14 Ogos lalu, pada hari sama pasukan polis membunuh ratusan penyokong Morsi di Kaherah. - AFP 

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.