Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Allahyarham Sidek Hussain di atas pemergian pelakon veteran itu malam tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menerusi beberapa laporan media, Sidek meninggal dunia kira-kira jam 11:55 malam Ahad di sisi isterinya, Sebiah Sulaiman akibat ketumbuhan di pipi yang semakin merebak menjadi kanser.
Sidek dimasukkan ke HKL pada 22 April lalu apabila keadaan kansernya semakin serius hingga ke tahap empat hingga komplikasi penyakit itu merebak ke seluruh badan.
Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kuang, Batu 17, Selangor pada jam 12 tengah hari ini.
Selain daripada ketumbuhan itu, Sidek juga mengalami beberapa masalah kesihatan yang lain seperti jantung dan paru-paru.
Terdahulu, Sidek pernah menerima rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh tetapi pihak doktor tidak dapat melakukan pembedahan kerana berisiko tinggi.
Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Sumber: mStar Online
0 comments:
Post a Comment