Pulak Dah!!! Bila Kawan Berkata "Saya Kecewa Dengan Shahidan," Ini Berkaitan Isu Undi Berasaskan Kaum.. Jom Terjah!!


Parti komponen Barisan Nasional (BN), Gerakan membantah cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim supaya negara ini mengamalkan prinsip undi berasaskan kaum kerana ia bercanggah dengan konsep "Bangsa Malaysia."
Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Kong (gambar) menegaskan, sekiranya proses pengundian seperti itu dilakukan, ia hanya akan memecah-belahkan rakyat berbilang kaum di negara ini.
"Saya kecewa dengan Shahidan," kata Mah dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.
"Sebagai sebuah parti pelbagai kaum dan menjunjung semangat rakyat Malaysia, Gerakan menolak cadangan sedemikian.
"Mengundi berasaskan kaum bercanggah dengan usaha kerajaan mempromosi integrasi sosial dan kebersamaan sebagai sebuah negara," katanya.
Shahidan sebelum ini di Parlimen berkata, melalui pengenalan undi berasaskan kaum, negara akan aman sehingga kiamat.
DAP turut membantah kenyataan Shahidan dan menganggap ahli Parlimen Arau itu cuba membawa dasar aparteid ke Malaysia.
Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming berkata, kenyataan Shahidan itu tidak boleh dianggap sebagai kenyataan peribadinya kerana beliau menteri yang mewakili pandangan kerajaan.
“Saya menggesa beliau meletak jawatan. Ini perkara serius yang diperkatakan. Beliau tidak boleh mendakwa ini pemikiran Shahidan dan bukan pemikiran kerajaan kerana beliau sebahagian daripada kerajaan.
“Apa yang dikatakannya adalah sistem pemilihan aparteid di Afrika Selatan yang mengundi berdasarkan warna kulit. Adakah menteri dengan PhD itu tahu apa yang dikatakannya itu sangat tidak boleh diterima di Malaysia,” katanya.
Shahidan dilaporkan berkata, konsep satu rakyat satu undi tidak menggambarkan sistem pilihan raya adil sebaliknya perlu dilihat daripada latar belakang ekonomi, keluarga, pengangkutan dan populasi penduduk.
Menteri itu berkata, persepsi itu adalah pandangannya secara peribadi dan tidak mewakili pandangan kerajaan secara keseluruhannya.
Ong berkata, sistem satu rakyat satu undi merupakan sistem yang biasa dipraktikkan dalam negara demokrasi dan Shahidan seharusnya sedar akan perkara itu.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengarahkan Shahidan meletakkan jawatan sekiranya ahli Parlimen Arau itu enggan berbuat demikian.
“Apa yang dikatakan Shahidan adalah penghinaan kepada konsep 1Malaysia, Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional yang membawa pelbagai latar belakang kaum,” katanya.
“Jika beliau fikir ini dapat diselesaikan dengan mudah, saya tidak berkeyakinan SPR akan melalukan persempadanan semula dengan adil,” katanya.
Mah dalam kenyataannya berkata, sebagai seorang pemimpin, Shahidan seharusnya bersikap inklusif dan holistik untuk membantu rakyat maju ke hadapan. – 1 April, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.