Heboh!!! Penghormatan Terakhir Buat Mendiang Karpal Singh : Di Mana DS Anwar Ibrahim? Jom Terjah!!!

Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng (membelakangkan kamera) memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 20 April, 2014.Pemimpin Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah), Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng (membelakangkan kamera) memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Karpal Singh di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, pagi ini.


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menyanjungi semangat juang yang ditunjukkan mendiang Karpal Singh sepanjang hayatnya, dalam ucapan penghormatan terakhir di Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang, hari ini.
Lim berkata, dedikasi mendiang kepada negara dan rakyat tiada galang ganti, serta akan dijadikan inspirasi kepada semua.
"Keunikan dan karisma yang dimilikinya sukar dicari ganti dan kami akan menjadikannya sebagai sumber inspirasi," katanya.


Tepat jam 11 pagi, pintu dewan ditutup selepas tamat tempoh untuk orang ramai memberikan penghormatan terakhir, bagaimanapun masih ramai yang setia menunggu untuk mengiringi tokoh politik negara yang dikenali dengan jolokan Harimau Jelutong itu.
Ramai juga yang tidak dapat masuk ke dalam dewan kerana masa yang singkat.
Di bawah panas terik, orang ramai setia menunggu sehingga mendiang dibawa keluar dari dalam dewan untuk dibawa ke tempat persemadian di Bukit Gantung.
Lim berkata, jasa baik mendiang sentiasa terpahat di sanubari semua.
"Jasa baik dan bakti beliau akan kekal terpahat di sanubari kita semua," katanya.
Karpal selain dikenali sebagai seorang tokoh politik yang garang, beliau juga dianggap peguam yang bermurah hati dan sentiasa membantu mereka yang memerlukan khidmatnya.
Penduduk kawasan Parlimennya di Bukit Gelugor menganggap mendiang sebagai seorang yang berjiwa rakyat dan sedia menolong ketika dalam kesusahan.
Beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat (PR) lain juga hadir untuk memberi penghormatan terakhir, antaranya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Turut hadir, Yang Di-Pertua Negeri (TYT), Tun Abd Rahman Abbas bersama isteri.
Ribuan orang tidak putus-putus membanjiri Dewan Sri Pinang bagi memberikan penghormatan terakhir.
Pada Khamis lalu, Karpal disahkan maut dalam satu kemalangan awal pagi yang berlaku di KM301.6 Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Perak kira-kira jam 1.30 pagi.
Beliau yang berusia 73 tahun, dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu sebutan semula kes mahkamah.
Mendiang bersama pembantu peribadinya, Michael Cornandez dan dua penumpang lain termasuk anaknya Ram karpal menaiki jenis kenderaan Toyota Alphard, dipercayai berlanggar dengan sebuah lori sebelum hilang kawalan.
TMI – 20 April 2014.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.