Allahu Akbar!!! Bayi 8 Bulan Meninggal Dunia "TERTELAN" Skru Berukuran 2cm.. Pilunya!!!

Foto
YUSMADI Yusof, 32, dan Nor Faizah Mat Deris, 23, menunjukkan imej bayi mereka yang maut tertelan skru.
Jertih: Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut akibat tertelan skru berukuran dua sentimeter dalam kejadian di Felda Selasih, dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Besut, Supritenden Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, mangsa, Muhammad Adam Nazmi Yusmadi dikatakan termuntah beberapa kali dan dibawa ibu, datuk dan neneknya ke Hospital Dungun. 
"Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat tiba di Hospital Dungun," katanya. 

Beliau berkata, hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa oleh kakitangan Hospital Besut kemudiannya menjumpai sebatang skru terlekat di kerongkong bayi berkenaan.
“Skru itu berukuran dua sentimeter dengan diameter kepala setengah sentimeter. Ia disahkan Pegawai Perubatan Hospital Daerah Besut, Dr Nur afi’dah M Zulkepli memberitahu skru itu tersangkut di bahagian kerongkong yang menyekat pengaliran udara mangsa," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.