BERAPI!!! Identiti Blogger Papagomo Akhirnya Telah Didedahkan Sendiri Oleh Menteri Pertahanan.. Jom Terjah!!!

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyelar blogger Papagomo kerana menafikan identitinya dan mengaku tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Gambar fail.Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menyelar blogger Papagomo kerana menafikan identitinya dan mengaku tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene. Gambar fail.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan identiti blogger Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dilaporkan menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011.
Pengesahan itu dibuat melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meminta menteri pertahanan menyatakan tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papagomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.
"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.
Susulan daripada jawapan itu, Rafizi menyelar blogger tersebut kerana menafikan indentitinya sebagai Papagomo dan tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.
Rafizi berkata, jawapan menteri pertahanan itu mengesahkan Wan Muhammad berbohong kepada mahkamah.
"Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.
"Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan boleh ditahan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini. 

TMI– 3 April, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.