MESRA... Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berbual mesra bersama Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din (kiri) yang kelihatan ceria dan semakin sihat semasa kunjungan Perdana Menteri ke Institut Jantung Negara (IJN) pada Sabtu.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu menziarahi Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Institut Jantung Negara (IJN) di sini.
Najib yang tiba pada jam 1.30 tengah hari meluangkan masa kira-kira 30 minit bersama Haron yang menerima rawatan di IJN sejak seminggu lalu.
Haron, 73, kelihatan ceria sambil ditemani anaknya Dr Huda Haron dan menantu, Dr Azlin Azzuddin.
Turut serta pakar perunding kardiologi IJN, Datuk Dr Amin Ariff Nuruddin.
Mohon jasa baik tuan pautkan blog saya. Blog tuan sudah saya pautkan. http://budakoptimis.blogspot.com/ Thanks :D
ReplyDelete