Terkini!!! Benarkah Kemungkinan Pesawat MH370 Pecah Di Pertengahan Penerbangan, Ini Menjadi Misteri.. Jom Terjah!!!

Pencarian di udara dan laut terus dibuat untuk hari ketiga pagi ini ke atas kapal terbang MH370 di samping pelbagai persoalan terus menyelubungi kedudukan dan identiti sebahagian penumpang di atas pesawat Boeng 777-200ER yang hilang pagi Sabtu lalu.
Pihak berkuasa Vietnam menemui suatu objek yang dipercayai pintu bahagian dalam jet yang berumur 11 tahun itu sekitar 50 batu selatan barat daya pulau Tho Chu, Vietnam.
Pihak berkuasa Malaysia juga menemui tumpahan minyak kira-kira 20 batu nautika dari kedudukan terakhir MH370  sebelum ia hilang daripada skrin radar  tanpa sebarang panggilan kecemasan atau isyarat.
Siasatan rasmi ke atas kehilangan pesawat milik Malaysia Airline (MAS), MH370 dengan 239 penumpang termasuk 12 anak kapal di atas kapal itu kini difokuskan ke atas kemungkinan ia pecah  di pertengahan penerbangan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.