Parlimen!! Kerajaan Perlu Jelaskan Mengenai GST Kepada Rakyat - Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong


Yang di-Pertuan Agong Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah menitahkan kerajaan dan juga ahli-ahli yang berhormat bersama-sama memberi kefahaman kepada rakyat mengenai pelaksanaan dan faedah pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada April 2015.
Titah baginda, rakyat perlu diberikan kefahaman mengenai pelaksanaan GST yang bukannya cukai tambahan tetapi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan sedia ada.
"Kerajaan beta akan terus memperkukuh kedudukan kewangan dan memastikan kemampanan fiskal jangka panjang negara.

"Antara lain melalui peluasan asas cukai dan penambahbaikkan pentadbiran cukai termasuk pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)," titah baginda dalam ucapan pembukaan majlis Parlimen ke-13 bagi penggal kedua di Parlimen Kuala Lumpur pagi ini.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.