PANAS!!! Kes Perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Ditangguh.. Apa Puncanya? Jom Terjah!!!


Nurul Izzah dan suaminya Raja Shahrir Islandar.

KUALA LUMPUR: Kes perceraian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suami, Raja Shahrir Iskandar Raja Salim ditangguhkan ke 1 April.
Permohonan penangguhan itu dibuat selepas pelantikan peguam baru, Zulkifli Che Yong untuk mewakili Raja Ahmad Shahrir.
Kedua-dua plaintif dan defendan tidak hadir di mahkamah.

Hakim Mahkamah Rendah Syariah, Ab Malek Awang menetapkan 1 April sebagai tarikh sebutan kes kes perceraian (nombor 14001 - 055-0023-2014).
Satu jawatankuasa perdamaian akan bertemu kedua-dua pihak supaya satu keputusan terbaik dapat diputuskan.
Kes itu disebut untuk kali pertama di hadapan hakim yang sama pada 21 Januari lalu.
Peguambela syarie, Normawaddah Ramli mewakili Nurul Izzah manakala peguambela syarie, Zulkifli Che Yong yang mewakili Raja Shahrir Islandar.
Pada akhir Disember tahun lalu, Naib Presiden PKR berusia 34 tahun itu memfailkan petisyen perceraian terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim di Mahkamah Rendah Syariah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Petisyen Fasakh (pembatalan perkahwinan) itu dipercayai telah diterima oleh Raja Ahmad Shahrir Iskandar pada 16 Januari tahun ini.
Pasangan terbabit telah berkahwin pada 9 Mei 2003 dan mempunyai dua orang anak perempuan berusia tujuh tahun dan lelaki berusia empat tahun.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.