(Gambar2) LANGSUNG Hari Penamaan Calon PRK DUN Kajang: Pertembungan Dua Wanita 'BESI'.. Jom Terjah!!!

Di samping tumpuan rakyat Malaysia kepada hasil usaha mencari pesawat MH370 yang hilang bersama 239 penumpang dan krunya, PRK DUN Kajang dijangka turut mendapat perhatian apabila kempen bermula selepas penamaan calon hari ini.

Ia akan berlangsung di Kompleks Sukan MPKajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi pagi ini.

PRK DUN Kajang dijangka bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mewakili Pakatan Rakyat dan Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun mewakili BN.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim, yang sebelum ini berhasrat bertanding di situ, menarik diri selepas Wan Azizah diumumkan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di situ.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Rayuan minggu lepas menerima rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan Anwar dalam kes Liwat II, dan menjatuhka hukuman lima tahun  penjara ke atasnya.

Kerusi DUN Kajang kosong selepas penyandangnya dari PKR, Lee Chin Cheh meletakan jawatan pada 27 Januari lalu, untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding di situ.

Dalam pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu, Lee menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 39,278 pemilih berdaftar layak mengundi dalam PRK tersebut, termasuk 1,197 pengundi awal dan 26 pengundi dalam kategori tidak hadir atau berada di luar negara.
  
Manakala anggaran kos perbelanjaan bagi pilihan raya kecil ini ialah RM1.6 juta.
  
Daftar pemilih yang akan digunakan ialah Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013, Suku Tahun Kedua 2013 dan suku tahun ketiga 2013 yang dikemaskini sehingga 26 Januari 2014, iaitu sehari sebelum peletakan jawatan penyandang.

LAPORAN LANGSUNG

8:21am: Niosh Bangi - BN calon Datin Paduka Chew Mei Fun tiba.

Beliau disambut oleh sorakan kuat dan laungan "Long Live BN" oleh lebih 500 penyokong yang kini telah berkumpul di sini.


8:20am: NIOSH Bangi - Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di NIOSH bersama pimpinan MIC dan Umno

8.10am: LHDN Bangi - Semakin ramai pemimpin Pakatan tiba untuk memberi sokongan. Antaranya ialah Datuk Kamaruddin Jaafar, ADUN Batu Burok Dr Syed Azman, Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar dan Ketua DAP Johor Liew Chin Tong.

Bilangan penyokong kini dianggarkan sekitar 1,000 orang. Sambil berarak, mereka meluangkan "Takbir", "Reformasi" dan "Jatuh, jatuh jatuh BN" .

8.05am: Niosh Bangi - atusan penyokong BN berkumpul di hadapan bBangunan NIOSH, menunggu ketibaan calon, Naib Presiden, Datin Paduka Chew Mei Fun.

Menteri Dalam Negeri yang juga Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba.

8.00am: LHDN Bangi - Lebih 500 penyokong Pakatan mula berarak dari bangunan LHDN Bandar Baru Bangi menuju ke pusat penamaan calon di Kompleks Sukan Bandar Baru Bangi, yang diketuai oleh Azmin Ali selepas bacaan doa oleh Abdul Rani.

Mereka membawa sepanduk menyokong calon Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, disertai dengan melaungkan "reformasi".

7.50am: LHDN Bangi - Pemimpin Pakatan Rakyat dan penyokong mula memenuhi kawasan letak kereta di bangunan LHDN Bandar Baru Bangi.

Antara pemimpin telah tiba ialah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dan ADUN Meru Dr Abdul Rani Othman.
-MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.