Fuhhh!!! Bekas Setiausaha Politik DS Anwar Menjawat Jawatan Besar Iaitu Membantu PM Hj Najib Tangani Isu Tranformasi Ekonomi, Ini Wajahnya.. Jom Terjah!!!

gambar fail

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan, melantik Mohamad Ezam Mohd Nor sebagai Pengarah Komunikasi di Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.
   
Mohamad Ezam dilantik sebagai Pengarah setelah melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Negara yang disandangnya sejak 2010, pada 5 Mac lalu, kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
   
"Tugas utama beliau ialah membantu Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dalam menangani isu-isu berkaitan langkah-langkah transformasi ekonomi yang dilaksanakan oleh Kerajaan dengan lebih rancak, bermula tahun ini dan beberapa tahun akan datang," katanya.
  
Mohamad Ezam, 47, berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Islam Antarabangsa.
   
Beliau juga pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan sebagai Setiausaha Politik Menteri Kewangan pada tahun 1996 hingga 1998.
   
Mohamad Ezam juga sebelum ini pernah mengasaskan organisasi badan bukan kerajaan (NGO) anti rasuah iaitu Gerakan Demokrasi dan Anti-Korupsi (Gerak) dan dilantik oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tahun lalu sebagai Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen mengenai rasuah. 


- Bernama

1 comments:

  1. Bagaimana cara membuat duit dengan bermodalkan RM20.
    CIRI-CIRI HEBAT RM20SEGERA.COM
    Modal Rendah Hanya RM20.00 SAHAJA!!
    100% komisyen milik anda!!
    Web promosi percuma!!
    Tanpa melalui akaun bank admin
    Komisyen terus ke akaun bank ANDA
    Terima SMS duit dah masuk ke AKAUN!!!

    BAGAIMANA INGIN SERTAI CLICK ----> http://www.rm20segera.com/?r=NoorAzrai

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.