Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengesahkan akan bertanding jawatan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada Mei, sekaligus mengesahkan spekulasi selama ini.
Anwar memberikan bayangan dengan jelas beliau akan bertanding jawatan itu bagi menggantikan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang mahu berehat dan memberikan lebih tumpuan kepada cucunya berbanding politik.
"Dia mahu memberikan masa yang lebih kepada cucunya dan juga menjaga datuk," kata Anwar dalam satu wawancara bersama portal The Ant Daily.
Ketika ditanya oleh wartawan, "Apakah anda mengharapkan, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah menjadi perdana menteri?", Anwar menjawab, biarlah anaknya itu melalui semua proses ke arah itu.
"Mengapa bebankan dia dengan semua khabar angin yang menyebabkan dia terkejut di peringkat awal," kata Anwar yang dipercayai merujuk kepada berita mengenai Nurul Izzah memfailkan tuntutan fasakh terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Syariah.
Khabar angin Anwar akan mengambil alih jawatan presiden PKR mula bertiup sejak pertengahan tahun lalu, apabila Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mula mempertikaikan beliau dan keluarganya yang menguasai PKR.
Anwar merupakan ketua umum PKR, manakala isteri beliau Dr Wan Azizah adalah presiden, manakala anaknya Nurul Izzah pula adalah naib presiden.
Hah hah hah..Anwar ni buat Wan Azizah macam abdi dia. Dulu suruh jaga Permatang Pauh, sampai masa rampas. Suruh jaga PKR, sekarang nak rampas pulak !
ReplyDeleteAssalamulaikum tuan..
ReplyDeleteBlog Addin gagal diselamatkan kerana masalah error di html.
Oleh itu, saya telah membuat blog baru di alamat http://addindeen.blogspot.com
Mohon letak link blog baru saya di blog tuan, blog tuan saya telah linkkan.
Terima kasih atas kerjasama.
Addin