Allahu Rabbi: (Gambar2) Hotel Ishraq Al Madinah terletak Berhampiran Masjid Nabawi Terbakar, 15 Korban Dan Lebih 130 Orang Cedera




KUALA LUMPUR 9 Feb. - Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit atau cedera dalam kebakaran di Hotel Ishraq al-Madinah, Arab Saudi pada Sabtu, kata Kementerian Luar hari ini.


"Setakat ini, laporan dari Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit atau cedera ekoran insiden itu," kata Kementerian Luar dalam kenyataan.


Kementerian akan terus berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah untuk memantau perkembangan selanjutnya, menurut kenyataan itu.


Kebakaran pada Sabtu di Hotel Ishraq Al Madinah, yang terletak kira-kira 350 meter dari Masjid Nabawi, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang manakala 130 lagi cedera. 


- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.