Terkini!!! Polis Sahkan Pengikut Tuhan Harun Tembak Mati Penguatkuasa Jaip.. Jom Terjah!!!

Jenazah Ahmad Rafli Abd Malek dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas ditembak di depan rumahnya, bulan lalu. Gambar fail.Jenazah Ahmad Rafli Abd Malek dibawa ke hospital untuk bedah siasat selepas ditembak di depan rumahnya, bulan lalu. Gambar fail.Seorang daripada 15 pengikut ajaran sesat Tuhan Harun yang ditahan adalah individu yang menembak mati Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Ahmad Rafli Abd Malek, bulan lalu.
Jurucakap polis menerusi laman Facebook Polis Diraja Malaysia, berkata individu terbabit dikenal pasti selepas siasatan dilakukan terhadap semua suspek yang ditahan.
Polis berkata, pistol jenis Smith & Wesson yang ditemui dalam kereta salah seorang daripada suspek yang ditahan adalah pistol sama digunakan untuk menembak Ahmad Rafli.
Polis kini memburu lapan lagi suspek bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Ahmad Rafli meninggal dunia pada 10 November lalu selepas ditembak di rumahnya kira-kira jam 2 petang.
Dalam kejadian di Indera Mahkota, Pahang itu, tiga suspek berpakaian jubah datang ke rumahnya sebelum menembak mangsa.
Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan sedang dijalankan ketika ini.
Sementara itu, sumber memberitahu The Malaysian Insider, mangsa meninggal dunia selepas terkena tiga das tembakan.
Sumber berkenaan juga memberitahu, mangsa ketika ini sedang terlibat dalam tiga kes besar melibatkan ajaran sesat Tuhan Harun, ajaran Syiah dan operasi kelab malam.

1 comments:

  1. Betul ke ni? Macam tak caya je.....macam mimpi je! Atau ada yang di azilahadrikan bagi menampakkan kecekapan pihak berkenaan! Kalau betul tahniah le.....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.