Terkini!!! Pegawai Awam IPK Kedah Meninggal Dunia Akibat Influenza A, 300 Pegawai Awam PDRM Digesa Lakukan Saringan.. Takziah!!!

Seorang pegawai awam wanita Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, disahkan meninggal dunia hari ini akibat dijangkiti selesema, Influenza A.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (gambar) berkata mangsa didapati dijangkiti virus itu selepas menghadiri majlis "Perjumpaan Pegawai Awam PDRM bersama KPN" di Melaka, Khamis lepas.
Pegawai awam berusia 48 tahun itu meninggal dunia di Hospital Melaka, kira-kira jam 11.10 pagi hari ini.

"Kita percaya wabak ini bermula daripada salah seorang kakitangan yang datang dari Kedah menghadiri majlis berkenaan," katanya kepada pemberita.
Khalid menggesa kira-kira 300 orang pegawai awam PDRM yang menghadiri majlis itu agar menjalani saringan kesihatan segera.
"Rombongan dari Kedah yang menaiki sebuah bas kini dikuarantin di hospital Kedah untuk pemeriksaan lanjut manakala beberapa orang lagi dikuarantin di Melaka," katanya.
Khalid berkata beliau juga telah dipanggil untuk menjalani saringan kesihatan kerana menghadiri majlis itu.
Katanya virus itu dikesan apabila beberapa kakitangan didapati demam selepas menghadiri majlis berkenaan.
Mengenai laporan tentang seorang rakyat Malaysia dikatakan terlibat dalam rusuhan di Little India, Singapura pada Ahad lalu, beliau berkata individu berkenaan berstatus pemastautin tetap (PR) negara itu, telahpun dibebaskan selepas siasatan lanjut dijalankan.
"Saya telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan dia dah dibebaskan tanpa syarat," katanya. – Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.