Terkini!! DS Tengku Adnan Tengku Mansor Mohon Maaf...

Saya tidak pernah tidak hormat perempuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Gambar fail.Saya tidak pernah tidak hormat perempuan, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Gambar fail.


Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini memohon maaf jika golongan wanita terasa dengan kenyataannya yang dikatakan menyamakan wanita dengan hartanah.
Beliau bagaimanapun berkata, kenyataan itu disalahertikan oleh pihak tertentu dan beliau tidak bermaksud membuat wanita tersinggung.
"Saya tidak pernah menyamakan wanita dengan hartanah. Apa saya maksudkan orang tidak faham iaitu kalau anda buat rumah cantik, seperti wanita juga...kalau mahu cantik pakai 'makeup'," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA di Kuala Lumpur, hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Umno turut menafikan bahawa beliau tidak menghormati golongan wanita kerana beliau sendiri memiliki ramai anak perempuan.
"Saya tidak pernah tidak hormat perempuan. Saya ada enam anak perempuan, bahkan dalam Umno, separuh daripadanya adalah golongan wanita, sebab itu jika wanita tersinggung, saya minta maaf dan saya memang tidak bermaksud begitu," katanya.
Semalam, Tengku Adnan dilaporkan menghina wanita Malaysia apabila menyatakan bahawa 'hartanah seperti wanita, harganya meningkat apabila memakai alat solek dan jika tidak memakai alat solek harganya menurun' ketika menjelaskan mengenai kadar cukai taksiran hartanah di Kuala Lumpur. - Bernama

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Murah Giler: Sapa Nak Order Klik Image

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.