Gempar!!! (Gambar2) Letupan Bom Di Danok, Bandar Sempadan Thailand-Malaysia, Dua Rakyat Malaysia Cedera.. Jom Terjah!!!

Kenderaan-kenderaan yang rosak akibat letupan bom.
BUKIT KAYU HITAM: Dua rakyat Malaysia cedera bersama lebih 20 yang lain yang kebanyakannya merupakan rakyat Thailand dalam siri letupan di Danok, bandar sempadan Thailand-Malaysia, di Songkhla pada Ahad.
Letupan itu berlaku di bandar yang terletak kira-kira 1km dari Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bukit Kayu Hitam di Padang Besar.

Konsul Besar Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali, mengesahkan bahawa dua rakyat Malaysia, seorang lelaki dan seorang wanita cedera dalam letupan yang berlaku kira-kira pukul 11.40 pagi itu.
Bandar ini telah digegarkan empat siri letupan dari bom tersembunyi di motosikal yang diletakkan di kawasan-kawasan terbabit.
Menurut 'The Nation', serangan pertama berlaku di hadapan balai polis di Sadao manakala yang kedua adalah di tempat letak kereta di Balai Polis Sadao.
Siasatan awal menunjukkan serangan disebabkan oleh bahan letupan yang tersembunyi pada motosikal.
Letupan ketiga berlaku di hadapan Oliver Hotel di Ban Dan Nok manakala yang keempat adalah di lorong berhampiran McDonalds di kawasan yang sama.

Keadaan di bahagian belakang Oliver Hotel yang terletak di Jalan Thanon Tanrattanakorn 1, di Danok, Selatan Thailand, Ahad. -foto G.C.Tan/ THE STAR
Telefon bimbit telah digunakan untuk mencetuskan siri letupan bom di Danok, Songkhla, Thailand pada Ahad.
Ketua Polis Wilayah Sembilan Thailand, Mejar Jeneral Noppadol Pueksomon berkata letupan pertama berlaku di hadapan Balai Polis Padang Besar dan letupan kedua berlaku kira-kira 20 minit kemudian di hadapan Balai Polis Sadao.
"Bahan letupan diletakkan pada motosikal-motosikal di hadapan balai polis dan diletupkan menggunakan telefon mudah alih.
"Dalam pengeboman ketiga, bahan letupan telah diletakkan di dua buah kereta dan diletupkan dengan cara yang sama," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata beberapa kereta yang dengan nombor pendaftaran Malaysia yang diletakkan berhampiran sebuah hotel telah rosak.
Pusat karaoke di belakang Oliver Hotel turut musnah akibat letupan bom. -foto G.C.Tan/THE STAR
Mej Jen Noppadol berkata siasatan menunjukkan bahawa dua rakyat tempatan mati dalam letupan di Danok.
Beliau berkata pengeboman terbabit hampir sama dengan letupan di Lee Gardens Plaza Hotel, Haadyai pada 31 Mac tahun lepas di mana tiga orang, termasuk dua rakyat Malaysia terbunuh.
Beliau berkata kumpulan pemisah Thailand mungkin terlibat di sebalik pengeboman terkini.
"Kini, kita telah meningkatkan ciri keselamatan di empat wilayah selatan yang bersempadan dengan Malaysia untuk mengelakkan ia berulang," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.