Ustaz Zawawi menunjuk pintu pejabat Kidu yang dikopek oleh pencuri
Ketua Pegawai Esekutif Kidu, Ustaz Zawawi Ahmad berkata, pihaknya sedar apabila seorang kakitangannya, Ady Sahabuddin mula masuk ke pejabat pada jam 8 pagi untuk mula bekerja dan mendapati pintu masuk ke pejabat itu sudah dikopak.
Menurut Ustaz Zawawi, kakitangannya itu mendapati seluruh fail dan barangan di dalam pejabat itu berselerak hingga pintu almari yang menyimpan wang turut terbuka.
“Apabila membuka almari, mendapati surat dan fail di dalam almari turut berselerak. Malah, menyedari wang tunai sebanyak RM8,000 dalam almari itu turut lesap.
"Selepas menyedari pejabat itu diceroboh, Ady Shabuddin keluar dan pergi ke Balai Polis Pokok Sena untuk membuat laporan,” katanya.
Ustaz Zawawi berkata, selepas anggota polis datang membuat penyiasatan, wang hasil sumbangan orang ramai dan wang buku sekolah serta yuran sebanyak RM12,000 yang terdapat di dalam almari itu juga turut lesap.
Katanya, kejadian itu merupakan pertama kali berlaku dan beliau turut kecewa dengan perbuatan itu, kerana segala wang yang disumbangkan orang ramai dan wang pelajar untuk membeli buku hilang.
-Sinar Harian
0 comments:
Post a Comment