Terkini!!! Isu GST: Kenyataan Saya Diputar Belit, Kata DS Anwar.. Jom Terjah!!!



KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, menafikan laporan bahawa kenyataan beliau berkenaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) tidak konsisten.

Menurut Anwar, isu ini timbul berikutan kenyataan beliau cuba diputarbelitkan oleh sebuah agensi berita.

"Kenyataan saya  cuba dipusingkan seolah-olah pertama kali saya sokong GST.

"Pada prinsip, saya tidak mengatakan saya bantah GST, yang  saya tegaskan ialah dari sudut sistem perlaksaannya iaitu, GST itu lebih telus dan efisien," katanya di bangunan Parlimen hari ini.

Jelas Anwar lagi, ketika beliau mengambil alih jawatan Menteri Kewangan daripada Tun Daim Zainudin, GST tetap tidak dilaksanakan.

"Kenapa saya sebut tahun1993 kerana  Tun Daim dia dah kata GST akan dilaksanakan.

"... bila saya ambil alih saya jawab ia ini sistem yang efisien tapi dalam keadaan negara catat lebihan surplus tetapi  sekarang defisit parah saya tidak akan laksanakan sampai akhir  kerana walaupun kajian sistem itu baik tetapi perlaksanaanya  tidak wajar, jadi saya ingat biar jelas perkara ini.

"Jadi  Anwar berbeza pendapat tidak wujud  kerana saya tidak pernah kata saya tidak pernah menyokong dasar prinsipnya," tegasnya.

Sehubungan itu, beliau bersama sayap pemuda PR akan meningkatkan kempen bagi menjelaskan isu GST kepada rakyat.

"Kita tingkatkan kempen saya percaya ia boleh dijelaskan," katanya.

1 comments:

  1. betul sangat2. GST ini walaupun objektifnya baik, tapi apa yang menakutkan adalah pengurusan setelah harta2 ismet dikumpulkan.

    Kalau selagi kerajaan yang memerintah masih diterajui amno/bn... habisssss punah?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Search

Swedish Greys - a WordPress theme from Nordic Themepark. Converted by LiteThemes.com.